Saturday 16 November 2013

COPD: Are You at Risk?



Public Awareness Campaign for (Chronic Obstructive Pulmonary Disease) COPD

Assalamualaikum dan selamat membaca semua.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO),dianggarkan bahawa 64 juta orang telah menghidap penyakit COPD pada 2004 dan 3 juta orang meninggal dunia akibat COPD. WHO meramalkan COPD akan menjadi punca ketiga kematian di seluruh dunia menjelang 2030.

Widget sediaan pihak berwajib untuk meningkatkan kesedaran umum 

Selain daripada faktor persekitaran dan juga faktor genetik,salah satu faktor besar yang turut menyumbang kepada COPD adalah merokok. Kempen untuk berhenti merokok haruslah dipergiatkan dan menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan gejala tidak sihat ini daripada terus berleluasa dan menjadi perkara yang sebati dalam kalangan masyarakat kita. Masyarakat harus disedarkan dan dimaklumkan tentang bahayanya rokok kepada diri mereka.

Sebagai Pertubuhan Perubatan Islam Malaysia(PPIM) di Moscow, kami mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen berkenaan COPD dengan mengedarkan bahan bacaan berbentuk brochure online kepada para pelajar. Diharapkan ilmu yang dikongsi ini sedikit sebanyak dapat membantu kefahaman kita mengenai penyakit dan gejala yang tidak sihat ini.

Berikut disediakan Brochure Online kepada pembaca:


Moga bermanfaat buat semua, inshaAllah.

No comments:

Post a Comment