Sunday 3 April 2011

Derita Saudaraku di Sana...


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Salam buat kalian~


Setelah berpuluh-puluh artikel dan video yg sudah dibaca dan ditonton yg memaparkan tentang saudara2 seislam kita di Gaza..terdetik satu perasaan amat bersalah dalam hati ini..kerana aku di sini tidak mampu melakukan apa2 untuk menyelamatkan mereka yg ditindas..hanyalah sekadar doa~ Lalu lantas soalan2 ini datang menerjah naluri keimanan.:


Mengapa kamu membiarkan agamamu diperangi?

Mengapa kamu berdiam diri menonton keganasan dan kekejaman menumpahkan darah Muslimin di atas tanah suci yang melahirkan para nabi?

Apakah sumbanganmu untuk agama Allah SWT, apakah perananmu memastikan kalimah Allah SWT tertegak di atas bumi tanpa penghinaan?

dan akhirnya..apakah bentuk bantuan paling relevan disumbangkan kepada mereka supaya kita terlepas daripada tanggungjawab sebagai Muslim di hadapan Allah SWT nanti?



Amatlah tidak mampu rasanya bagi aku untuk menjawab soalan2 tajam umpama peluru yg mengoyak jantung hati ini.. Betapa keselesaan, kemewahan, dan kesenangan hidup telah melayukan semangat Islam dalam diri yg telah lena.. adakah kita tidak sedar bahawa seluruh bumi Allah s.w.t ini adalah tanggungjawab kita? kerana di mana seorang Muslim lahir di situlah tanah air kita.. paling menyedihkan ialah sehingga ada muslimin dan muslimah ygseolah olah terus tidak menghiraukan tentang nasib saudara mereka di sana..Terdetik ketakutan atas kelalaian, memandangkan Palestin adalah tanah air kita juga kerana Rasulullah SAW sudah memberi amaran dalam hadis Baginda yang bermaksud:


“Barang siapa yang tidak peduli akan nasib saudara muslimnya maka dia bukan daripada golongan mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)



kanak2 seperti ini seharusnya menikmati zaman mudanya di negara yang aman dan tenteram..serta memperoleh pendidikan yang sewajarnya.. nyawa mereka sering terancam walaupun mereka hidup di negara tanah kelahiran mereka sendiri, dan bukannya hidup menumpang di negara lain..



sampai bila kita ingin melihat kaum2 wanita di Palestin yg mengalirkan air mata meratapi kematian anak2 mereka yg tidak berdosa?
Amat menyedihkan..kerana masih ramai umat islam di dunia yg ditipu oleh media2 Barat yg ingin memutarbelitkan keadaan sebenar yg berlaku di bumi Palestin.. media2 ini sentiasa memaparkan perbalahan yang terjadi antara dua kubu Fatah dan Hamas yang seolah-olah mahu menunjukkan perebutan kuasa politik, ketamakan dan kotornya peperangan sesama umat Islam sendiri...ingatlah bahawa tujuan sebenar media Barat memaparkan isu itu adalah supaya umat Islam yg melihat dri kaca mata televisyen berputus asa terhadap masa depan Palestin dan tidak mahu lagi campur tangan kerana letih melihat pertumpahan darah sesama Muslim yang mencalarkan imej perjuangan mereka..
Hakikatnya, isu perebutan kuasa di Gaza sudah selesai dgn keputusan pilihanraya yang dimenangi Hamas..tetapi Israel dan sekutu kuatnya Amerika yang mahu Fatah memerintah membangkitkan lagi peperangan supaya terjadi konflik berlarutan..sengketa Fatah dan Hamas adalah sebenarnya tipu daya dan rancangan busuk Israel dan sekutunya untuk menciptakan ketidakstabilan politik di Palestin, dan juga menipu dunia Islam supaya mereka mempersoalkan keikhlasan pejuang Palestin itu..
Hasilnya kini, umat Islam seluruh dunia semakin melupakan Palestin..kesedaran dan kefahaman mereka bahawa peperangan di Palestin itu merupakan ISU AGAMA DAN KEIMANAN semakin terhakis.. jika seorang Muslim yg mengikuti kisah perjuangan saudara mereka di Palestin dari jauh sudah mula berasa bosan, maka jauh sekalilah untuk terdetik di hati mereka untuk memberikan sokongan dan meyalurkan bantuan serta pertolongan.. keadaan ini dikhuatiri akan mencabut keimanan dalam hati mereka kerana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Palestin adalah sejarah kita, perjuangan dan impian umat Islam seluruh dunia. Sudahkah kita memastikan rakan2, keluarga, dan masyarakat Islam sekeliling kita masih menjaga nilai sejarah dan kedaulatan Islam di sana? Atau generasi-generasi akan datang akan menjadi pemuda-pemudi yang buta maklumat mengenainya? Lalu melupakan cita-cita tertinggi dalam kehidupan seorang Muslim iaitu berjihad di jalan Allah SWT...?

ayuhlah kita sama2 mendoakan agar penderitaan saudara2 seagama kita di bumi Palestin akan berakhir..agar mereka mendapat kehidupan yg lebih aman setelah begitu lama sengsara..
let us spread these words..FREE PALESTINE !!

Kita wajib menentang sekeras-kerasnya serangan dan pencerobohan ke atas kaum Muslimin. Ulama sedunia sudah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Dan menjadi kewajipan umat Islam untuk menyokong Palestin dengan harta, jiwa, ilmu dan kepakaran yang diperlukan bagi sebuah negara Islam merdeka dgn cara yang paling relevan. Allah berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian tidak ragu-ragu berjihad dengan harta dan nyawa mereka. Mereka itulah golongan mukmin yang benar.” (Surah al-Hujurat, ayat 15).

Sekadar di sini buat renungan bersama...


No comments:

Post a Comment