Saturday 30 April 2011

Bukan Zaman Abrahah




Alhamdulilah Program Palestine Aqsa Syarif yang telah berlangsung beberapa minggu yang lalu telah mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari pelajar-pelajar Moscow.Rata-rata pelajar menyatakan rasa kesedaran kemanusian dan persaudaran mereka terhadap isu Palestine, di samping mendapat pelbagai info yang menarik tentang Palestine. Namun, haruskah kesedaran dan tindakan sebaik sahaja program ini melabuhkan tirainya?

Masihkah kita ingat lagi, kisah tentera bergajah Abrahah yang dimusnahkan oleh burung- burung Ababil. Ya, kisah raja Abrahah yang datang dari Yaman bersama tentera bergajah semata-mata mahu meruntuhkan Kaabah yang menjadi sanjungan penduduk Arab dan juga sebagai tempat untuk beribadat.

Thursday 21 April 2011

:;Curse The Darkness or Lit Up The Candle:.


Assalamualaikum wbt ikhwah dan akhawat


InsyaAllah ini adalah pemenang pertama bagi pertangdingan blog Aqsya Syarif Euro Tour


:;Curse The Darkness or Lit Up The Candle:.

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri.
Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin.
Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini.
Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan.
Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Sunday 10 April 2011

How to get there?


Aqsa Syarif Europe Tour




Assalamualaikum wbt.

Pihak PPIM Moscow Student Chapter dengan ini berbesar hati untuk menjemput semua pelajar Muslim di Moscow untuk menghadiri program Aqsa Syarif Europe Tour (ASET).

Berikut merupakan serba sedikit mengenai maklumat berkaitan program :

· Tempat: Аструс - Центральный Дом Туриста 119526, Москва, Ленинский

проспект, 146

· Masa: 5.45 ptg

· Tarikh: 10/4/2011(Ahad)

Pendaftaran boleh dibuat melalui mana-mana AJK PPIM-MSC. Pendaftaran adalah percuma.

Menurut rancangan asal, kami akan membawakan kepada anda seorang speaker yang tidak asing lagi dalam misi kemanusiaan ke Palestin, Tuan Haji Hasanuddin. Beliau merupakan salah seorang survivor Tragedi Mavi Marmara 2010, sebuah tragedi yang membabitkan serangan komando tentera Israel ke atas sebuah kapal yang sarat membawa bantuan ke Gaza, Palestin. Tragedi tersebut berlaku di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean. Kesemua penumpang kapal itu termasuk Tuan Haji Hasanuddin telah ditahan oleh tentera Israel dan kapal mereka beserta barang bantuan telah dirampas.

Ustaz Hasanuddin tidak berdaya untuk mengepalai rombongan Aqsa Syarif ke Benua Eropah atas sebab masalah kesihatan yang sedang dihadapi beliau. Sama-samalah kita mendoakan kesihatan beliau supaya sentiasa berada di bawah lindunganNya.

Walaubagaimanapun, jangan risau!

Ustaz Hasanuddin bakal diganti oleh salah seorang penolong beliau dalam wadah Aqsa Syarif tersebut.

Berikut merupakan sedikit sebanyak penerangan tentang bakal pengganti Ustaz Hasanuddin:

Nama: Hj Norazmi

Beliau adalah salah seorang anggota konvoi VP (Via Palestina 5) land convoy ke Gaza akhir tahun lepas.

Beliau adalah salah seorang dari 12 anggota sukarelawan Aqsa Syarif yang memasuki Gaza. Dari 14 orang (7 adalah aktivis Aqsa Syarif, 5 dari VPM dan 2 dari TV3).

Perjalanan Land convoy melibatkan lebih dari 200 ambulan dan pelbagai kenderaan lain berjaya di bawa masuk.

Aqsa Syarif bersama PACE menyumbang 3 buah ambulan hasil dari sumbangan rakyat Malaysia. VPM (Viva Palestina malaysia) menyumbang 3 buah ambulan juga.

Hj Norazmi juga bersama anggota rombongan berjaya mendapatkan 6 projek utk penajaan rakyat Malaysia termasuk:

* kilang roti

* projek back to school

* projek sara diri bagi rakyat Palestin

* projek anak angkat anak Palestin

Beliau aktif berceramah dan berkempen kepada rakyat Malaysia utk membantu rakyat Palestin.

Poster Palestin







Terpilih

Tenang hembusan angin
Terjah gigi air,
Nun sempadan sana, bergolak
Haus, lapar…kepingin darah merah

Dingin, kerusi empuk…
Bantah membantah…
bargaya prihatin
Tiada solusi

Ummi,
Adik Haus, adik lapar,
Esak ditahan,
Adik takkan mengadu lagi..
Ummi jangan menangis
Adik jaga ummi

Abi,
Mahu kemana?
Tinggalkan adik dan ummi dirumah
Adik takut,
Semalam mereka bawa pergi Ali
Ali tidak bermaya,
Adik sudah tiada teman

Kabur pandangan Gaza,
Reruntuhan bertambah
Irama,
Irama dentuman bersahutan
Laungan takbir bergema
Allah, Allah akhbar!!!
Syahid, tenang menemuiNya

Ummi, Abi,
Adik kepingin,
Mahu duduk bersama, jika itu nama bahagia
Tapi,
Bahagia kita berbeda
Kejar redhaNya, pesanan terngiang
Tak mengapa,
Kita jumpa di sana,
Kecap nikmat bahagia
dalam redhaNya

Dingin, kerusi empuk
duduk menghadap
Bantah membantah
Tiada solusi

Tenang hembusan angin,
Menyapa bibir pantai,
Moga kalian tabah,
Seteguh Yusuf melawan godaan,
Setabah Ibrahim meninggalkan zuriat,
Serap roh-roh mujahid
Kerna kalian….. golongan terpilih

nukilan Syarafina Shahar Rani, tahun 4,msmu 2011

Hanya Untuk Palestin

Jangan Pernah Padam
Sepanjang trilogi palestin yang berlangsung, ini adalah persepsi saya !

Trilogi Palestin - kreatif dan menarik

Vol I : Palestin Kita Punya

'Palestin' merujuk kepada sebuah negara yang didiami oleh sekelompok masyarakat (tidak kira berlainan agama dan jantina). Kehidupan di palestin suatu masa dahulu (sebelum dijajah rejim Zionis) adalah kehidupan masyarakat yang harmoni dan terjamin hak mereka (yang terdiri daripada masyarakat muslim, masyarakat Kristian dan masyarakat Yahudi). Hal ini disebabkan oleh sistem pemerintahan islam yang adil (sesuai dengan wahyu Allah dan ajaran Rasulullah). Kehidupan di Palestin sekarang ? (anda dapat lihat sendiri). Palestin suatu tanah milik umat islam (sirah islam yang panjang dengan pelbagai kisah kedatangan utusan Allah di tanah ini)

'Kita' merujuk kepada setiap makhluk berakal yang bernyawa.

'Punya' merujuk kepada ketegasan dalam memiliki dan keperluan untuk mengembalikan dan menyempurnakan hak mengikut yang sepatunya.

Vol II : Keimanan & Persaudaraan

'Keimanan' merujuk kepada keyakinan kita sebagai umat islam terhadap Allah (termasuk segala yang datang daripada Allah : undang-undang-Nya, Rasul-Nya, etc). Termasuk juga keyakinan terhadap janji Allah akan terbebasnya bumi Palestin daripada kezaliman musuh islam kelak.

'& (dan)' merujuk kepada satu penghubung dan ikatan antara penyataan/ayat sebelum dan selepasnya. Ini bermaksud, kedua-dua ayat sebelum dan selepasnya perlu seiring dan tidak dapat dipisahkan

'Persaudaraan' merujuk kepada ikatan hati (lebih halus), di atas basis keimanan. Persaudaraan atas dasar islam amat berbeza dengan persaudaraan berteraskan duniawi (atas dasar keuntungan sesuatu pihak, atas dasar minat yang sama, atas dasar 'takut hilang kawan', atas dasar ketinggian martabat, etc). Sirah membuktikan persaudaraan yang terjalin atas dasar islam dan iman telah mengubah corak kehidupan masyarakat muslim dan sekitar khususnya, masyarakat dunia amnya. Kekuatan dan kegemilangan umat dihasilkan melalui keimanan dan persaudaraan. Isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan atau pun isu yang hadir dengan rasa simpati, bahkan ianya suatu isu besar bagi kita yang mengaku sebagai muslim. Ianya suatu isu yang menguji konsep keimanan dan konsep kita bersaudara.

Vol III : Palestin Kami Peduli

'Palestin' sekali lagi disebut dan diulang dalam minggu yang ketiga, menyebabkan saya tersentak sekali lagi. Ini menandakan ianya sesuatu yang serius (memandangkan hal-hal yang serius, selalunya akan diulang dan diulang. Ini juga suatu tanda bahawa saya dan kita sering melupakan isu besar ini)

'Kami' merujuk kepada bilangan yang ramai. Bukan seorang (individual) yang perlu merasakan kesusahan dan keperitan hidup mereka, bahkan perlunya kita (dalam bilangan yang ramai) yang perlu merasai bebanan ini bersama-sama. Sambil membayangkan situasi-situasi genting (na'uzubillah) yang melanda sanak saudara kita yang kita sayangi, adakah terdapat perbezaan perasaan itu dengan perasaan kita terhadap penduduk negara Palestin ? Kami juga merujuk kepada kita. Benar! Kitalah (tidak ada yang lain) yang perlu berjuang bersama-sama mereka, penduduk bumi subur Palestin dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan islam yang tercalar dek rejim Zionis.

'Peduli' sebagai permulaan dan pendorong kepada tindakan kita untuk menggerakkan seluruh tubuh dan switch on suis akal kita supaya sentiasa berfikir dan seterusnya mengerah keringat untuk sumbangkan sesuatu mengikut kesesuaian dan situasi medan kita berada, serta kemampuan yang optimum. Ingatlah salah satu pesanan rakyat Gaza kepada masyarakat dunia. "Apa yang anda(kita) boleh lakukan adalah fahamilah islam yang sebenar". Kerana itulah salah satu khazanah umat islam yang telah hilang/dipadam sejak zaman berzaman.

Akhir penulisan, Alhamdulillah. Semoga Allah terus menerus mencurahkan segala hidayah dan petunjuk, serta jalan kepada kita untuk beramal, seterusnya membantu (dengan pelbagai cara apapun) mereka yang sedang berhempas pulas melindungi tanah kita.

Ya.. tanah Palestin, tanah kita bersama ~


http://hanyauntukpalestin.blogspot.com/

Friday 8 April 2011

''Oh God You got to make it stop!''

tidak, itu bukan kata-kata saya. cuma dari earphone (dalam bahasa melayu nya apa ya?) ni hah yang keluar.
-_-''


tapi ya kan, kita mahu Allah hentikan semua yang tidak enak. yang tidak kita suka. idealnya, kita hanya mahu menutup mata dan dunia akan dipenuhi oleh pelangi ,belon beterbangan dan kanak-kanak yang tersenyum riang. Jika dan hanya jika, kita bisa terbang, bangun pagi,gosok gigi dan kita mulakan penerbangan keliling dunia, nescaya yang bakal di lihat ialah tsunami dan kesan radiasi di negara matahari terbit Jepun, ke politikus skandal pengaiban orang itu dan ini di Malaysia tercinta, ke apple store yang bakal dibuka di moscow (sengaja nak highlight berita 'buruk' ini), ke kebangkitan suara rakyat kesan domino di timur tengah, ke kegawatan eknonomi nun di barat Amerika. Kekacauan dan kemusnahan berlaku dari mula sampai akhir. kita yang menjadi saksi kepada segala peristiwa ini, peluh besar. Pening kepala, tak tahu apa yang bakal terjadi lagi.


insyallah kita ni orang yang baik. tidak lah kita pergi mencuri, merampok makcik tua, memalukan orang itu dan ini, sengaja melanggar makcik yang berjalan lambat bila kita bekejaran. Memang fitrahnya manusia itu sukakan kebaikan. kalau dia orang bersifat histrionic, narcissist, individualistik, 'compartmenlistik' sekalipun, mereka tak akan suka kalau hak mereka dipijak pijak. mereka benci juga orang yang buat jahat ini. Rata-rata akan bersetuju yang mereka tidak jahat, membunuh orang sesuka hati, merampas harta kepunyaan jiran, dan sebagainya. Lalu kita tidur dengan senang hati 'oh, hidup aku baik, aku tidak buat jahat pada orang, orang pun tak buat jahat dengan aku'.


hemmm


betul ke kita baik?


hemmm


kita bangun tidur lagi. buka akhbar ''metro'' percuma di station metro, ''moscow times'' atau satu lagi akhbar inggeris percuma yang boleh didapati di McD terutamanya (note: sila boycott McD, tapi ambil akhbar boleh) , layari internet, baca aljazeera, BBC, Reuters, Eramuslim, Berita harian, Russian Today dan sebagainya. oh pening kepala kembali. serabut lagi dengan berita hari ini. isu semalam tak habis lagi, dah datang kekacauan baru.


''Oh God You got to make it stop!'' ....for them. (iya la, kita kan orang baik. Mestilah mahu kesejahteraan buat mereka)


bangun dari kerusi, kita pergi meneruskan hari kita yang rutin itu. semalam, hari ini, besok, sama sahaja agenda kita. esok baca akhbar, berita yang sama ada lagi. sampaikan kadang-kadang kita yang bosan. eh tak ada berita lain ke?


''Oh God You got to make it stop!''


isu palestin. ''ohhhhhhhhhhhhh'',, keluh hati kamu, ''Palestin lagi .......''. Saya faham, memang itu reaksinya 'Palestinnn lagi......''. Sejak saya sekolah rendah masa baca komik 'kawan' dah ada kartun pasal palestin (tapi saya belum faham la apa masalah di sana), kemudian pertama kali menulis di kolum akhbar sekolah, pun saya tulis pasal palestin. saya tak pasti apa masalah sebenarnya disana, yang saya tahu, ada anak kecil dan wanita yang dibunuh. Bila di pusat persediaan, ada ceramah kesedaran Palestin, emm palestin lagi... masa tahun ke-3 bingit orang marah sebab israel memuntahkan fosforus putih ke rakyat palestin yang menyebabkan 'burn' tahap 3-4. Sampaikan doktor tak tahu hendak sembuhkan macam mana. (Fosforus putih diharamkan pengunaan dan pembuatannya oleh emm PBB rasanya) tahun lepas, orang hangat bercakap pasal 'Freedom Flotilla' yang ditahan dari menyampaikan bantuan ke Gaza, tahun ini bulan mei akan datang 'Freedom Flotilla 2' ..oh..


tak faham. kenapa isu palestin tak dapat nak selesai lagi ni?!


























''Oh God You got to make it stop!''


di situlah masalahnya. bila ada masalah, tuhan sahaja yang selesaikan masalah? sifirnya mudah. KITA kerja sehabis mungkin, kemudian berdoa pada TUHAN. Masa peperiksaan, kita diberi beberapa masalah untuk diselesaikan. lalu kita buat apa? ''Oh God You got to solve this for me'' dan berharap pena akan terangkat ,berpusing-pusing diudara dan menulis jawapan kepada variant kita tadi? tidak kawan, ini bukan harry potter. kamu pun tahu, yang hendak tak hendak, tahu tak tahu, kertas jawapan mesti diisi, lepas tu kita doa untuk apa sahaja yang terbaik. Mudah untuk kita fahami aplikasi sifir ini bukan. Tang isu palestin, mengapa kita tidak memahaminya dengan cara yang sama.


Jika kita mampu faham bahawa setiap permasalahan di dewan peperiksaan memerlukan tangan untuk diangkat,menulis dan kemudian berdoa. Begitu juga isu palestin memerlukan umat islam yang BERTINDAK dan kemudian berdoa. Isu palestin tak akan selesai hanya dengan kita berkata ,


'Oh God You got to make it stop!''


tapi, perlu KITA untuk bangun dari kerusi empuk lagi selesa itu untuk berbuat sesuatu! Islam bukan agama magik ya, kawan. Islam tidak tertegak hanya dengan ahli sufi yang mengasingkan diri dari masyarakat, berdoa sepanjang hari dan meninggalkan seruan jihad melawan musuh. Rasulullah pun tak pernah duduk lepak, berdoa pada Allah agar agama ini, satu hari berjaya, tanpa dia perlu berbuat apa-apa. Tidak, Nabi kesayangan kamu dan saya itu, patah giginya di Uhud, cedera juga di Badar.


Isu Palestin tak akan selesai hanya dengan kita berdoa dan berharap kepada hari yang lebih indah di masa depan. Kita mesti buat sesuatu. MESTI. baru Allah akan bantu dan turunkan kemenangan. Banyak yang boleh kita buat, dari sebarkan kesedaran, ke tulis blog (chewah), ke tak bagi duit untuk israel beli peluru bunuh saudara kita (boycott), ke pembentukan individu muslim ah penat menulis sebab banyak. But you get the idea, no?


''tapi kenapa perlu kita semangat lebih-lebih dengan palestin ni. tempat lain pun sama juga,''


Surah hujrat : 10.. sesungguhnya orang mukmin itu BERSAUDARA. tadi awal-awal kan kata, kita bukan orang jahat. kita orang baik. kita tak bunuh orang. kita tak merompak. kita peduli jiran kita. mungkin ada eloknya jika kita tenung sejenak, sebelum merasakan yang kita 'baik'...


melihat saudara sendiri dizalimi tapi tak simpati. jahat bukan?
kita sedih tak melihat saudara palestin kita dirobek dagingnya oleh peluru klashnikov itu.


berkomplot merompak harta benda orang. jahat kan?
duit kita, membeli barangan yang memang CEO dia sendiri cakap kepada para pelanggan,terima kasih kerana membantu kami membantu israel. .ala israel yang merampas dan meranapkan rumah pemilik asal tanah Palestin itu.


Rasa cinta dan persaudaraan itu berkait rapat dengan iman kita. rakyat palestin itu semua saudara kita. kalau tak rasa bersaudara dengan palestin, mungkin dengan kadar segera semak balik status iman kita.


kita kan orang baik semuanya. saya tahu, KITA PEDULI PALESTIN kan. :) Moga Allah bersama dalam setiap usaha kita. nanti dekat syurga, boleh la kita sembang-sembang.. 'eh kau ingat tak dulu, kita kerja sungguh-sungguh selamatkan palestin.. haaa kan Allah dah bagi hadiah ni ' fuh!


http://dorayaki-dora272.blogspot.com/2011/04/oh-god-you-got-to-make-it-stop-tidak.html
**Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang**

"Terima kasih kerana masih melayan aku dan keturunanku dengan baik walaupun aku telah membunuh ibumu. Kau tau, kau sedar apa yang aku buat itu salah, berdosa. Tapi kerana cintamu terhadap rupaku, hartaku dan sifatku yang sentiasa membenarkan kau melanggar hukum tuhan dalam kehidupanmu, cepat sekali kau melupakan kemarahanmu yang menghukum itu padaku. Kau lebih mencintai kesenangan dunia daripada ibumu, aku tahu. Aku senang sekali. Aku sebenarnya tidak cinta kepadamu. Tetapi aku sentiasa ingin mendekatimu kerana aku ingin menghancurkan keturunanmu!"

Saban hari kita mendengar tentang penindasan saudara kita di Palestin. Perkara yang sama ditayangkan. Cerita yang sama dipaparkan. Semangat yang sama dikobarkan. Pengendahan yang sama dilakukan. Bagaikan tiada penghujung. Sikap manusia yang kian jelek dengan ulasan peperangan. Kian 'immune' dengan berita yang seakan 'tidak ada kena mengena' dengan kehidupan kita. Peperangan? Penindasan? Pembunuhan? Kita sudah terbiasa bukan? Tidak ada lagi gelengan kepala tatkala perkataan-perkataan ini sampai ke cuping telinga kita. Sampai ada yang mengeluh, "Haaaihhhh, perang je koottt??"

Ada apa dengan Palestin? Sesungguhnya bumi itu bukan hanya tanah gersang yang menyaksikan tumpahan darah semata-mata. Tanah itu pernah menyaksikan Amirul Mukminin Khalifah Umar al Khattab berjaya mendapatkan kunci kota Baitul Maqdis drp pemimpin Kristian yang menguasai kota itu pada tahun 636M. Sebaik sahaja memegang kunci itu, Umar mengisytiharkan SELURUH BUMI PALESTIN sebagai tanah wakaf umat Islam. Tanah tanah suci itu kian gersang dihujani darah dan air mata....

Bukanlah Allah tidak berlaku adil kepada umat manusia. Bukan jua tidak berkuasa memenangkan agamanya. Ketahuilah, sesungguhnya kemenangan Palestin itu adalah PASTI. Ini adalah janji Allah. Tapi adakah kita ini sekadar penonton yang hanya menunggu masa untuk bersorak atas kemenangan Islam kelak? Atau akan turut sama berjuang menjadi batu-batu kecil yang merupakan asas kukuh kepada tangga kemenangan Islam itu?

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi disebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, ini orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah ia!" kecuali pohon ghardad, kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi." (HR Bukhari dan Muslim)

Membantu saudara seislam di Palestin... Kedengaran jauh sekali hubungan itu bukan? Hakikatnya, al-Quran telah menyatakan bahawa MUKMIN ITU BERSAUDARA (49:10). Maka bukankah talian persaudaraan itu sentiasa menjadi alasan kita dalam segala macam urusan kehidupan ini? Dari sekecil-kecil rindu-rinduan sehinggalah ke sebesar-besar politik, bukan?

Sering juga kita tertanya-tanya tidakkah sejagat melihat penindasan dan ketidakadilan ini? Sejagat tidak buta tetapi kabur. Kita telah dikaburi dengan kebatilan yang telah dirancang pihak zionis. Kebatilan hitam yang menutupi kebenaran sehingga hitam itu dilihat sebagai warna universal yang menjadi fitnah dalam kehidupan kita. Fitnah yang telah memasuki segala dimensi kehidupan kita, menguasai tingkah laku, pemakaian, pemakanan, percakapan, pendidikan dan PEMIKIRAN kita khususnya.

KEBATILAN YANG TERANCANG AKAN MENGATASI KEBENARAN YANG TIDAK DIRANCANG

Saya melihat akar kemenangan di sini selain doa yang sudah tentu merupakan senjata umat Islam ----> ialah PERANCANGAN. Brothers and sisters, time to be tactical! Yahudi telah membahagikan gerakan mereka untuk mengaburi mata masyarakat dunia kepada lima

  • Ekonomi
  • Media
  • Agama
  • Senjata
  • Temple Establishment

Untuk menumpaskan mereka, kita perlu menumpaskan satu persatu lima perkara ini. Fokus pertama, EKONOMI. Kewangan yang stabil memudahkan penyebaran palsu melalui media, kajian agama dan kitab mereka, bekalan peperangan dan pembinaan temple. Satu perkara yang harus disegerakan ---> BOYCOTT! Bosan bukan dengan perkataan ni? Tp inilah cara terbaik untuk kita melumpuhkan ekonomi mereka.

Untuk maklumat lanjut sila ke laman web ini

Mungkinkah setiap tegukan SUNKIST, STARBUCKS, FANTA,SPRITE atau COKE, setiap gigitan McDONALDS, KFC atauNESTLE, setiap aplikasi LOREAL, MAYBELLINE atau REVLON, setiap helai pakaian dari MARKS&SPENCER, RALPH LAUREN, GAP,DISNEY atau LEVI'S, setiap semburan pewangi CALVIN KLEIN,GIORGIO ARMANI, TOMMY HILFIGER atau AMBI PUR yang kita miliki, setiap satu itu menyumbang kepada pembunuhan saudara kita sendiri.

Sukar ditinggalkan kemewahan duniawi yang mampu kita miliki, namun sukar lagi untuk kita menjawab dihadapan saudara kita kelak di akhirat... Mari kita mulakan usaha memboikot. Sekiranya tiada yang menyokong kita, percayalah, dalam diam, dunia sedang memerhatikan kita dan menjadikan kita sumber kekuatan agar mereka boleh memulakan langkah juga. Tgkla video ni. ;)





Berkenaan intro yang belum terurai.... Janganlah kita menjadi seperti wanita itu yang menerima dan tidak sanggup meninggalkan lelaki yang hadir dalam hidupnya itu. Wanita itu sendiri yang membuka pintu dan membenarkan kehadiran jejaka pujaannya itu dalam hidupnya. Lantas, kehidupannya telah dikawal oleh jejaka itu tanpa sedar sehingga dia tidak terkesan dengan kematian ibunya. Lelaki itu pula hanya bertujuan untuk menghancurkan keturunan wanita tersebut. Betapa wanita itu telah dipermainkan. Menggadaikan keturunan demi cinta yang dusta dan khianat. Janganlah kita membunuh saudara-saudara kita di Palestin hanya kerana kesilapan kita dalam membawa masuk jenama-jenama yang menyokong Israel dalam kehidupan kita. Benar, kita berasa tidak mampu hidup tanpa barangan tersebut, namun, jika kita refleks kembali analogi diatas, kita pastinya tidak mahu menjadi seperti wanita tersebut bukan? =)




"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat menginginkannya" (12:103)

Tetapkan niat dan serahkan segalanya kepada Allah. Berdoa agar diri ini istiqamah kerana Allah jualah yang memegang hati kita. Minta ditetapkan hati ini dijalannya. Semoga kita mempunyai saham di jalan kemenangan yang telah dijanjikan Allah ini.



RAKYAT PALESTIN MENJADI PELARIAN DI TANAH MEREKA SENDIRI
SAMA-SAMA KITA MEMBANTU

PKP

salam
bismilahirahmanirahim

people say you don't know what you've got till it's gone. Truth is, you knew what you had. You just thought you'd never lose it.

Same goes with palestine. We had it onced. But we never care about it.

i learned that everything we had is borrowed, let it be the sight, feelings or nations. Jadi kalau dah pinjam tu kena la jaga baikbaik kan.

The idea is simple. Try to embrace the enemy.

But simple, doesn’t always means easy.

Cumanya saya belajar walau sekecil mana tindakan yang diambil, semuanya dihitung. Tak kira if they were sins or good deeds. Betullah kata Dia, walau sekecil zarah sekalipun nanti akan dikira.

saya tak mampu nak berperang. Mohonya doa saya untuk merekaditerima.

quoted by SarahNabilaZulkifli, -semoga Allah pilih kita untuk ikhlas !


http://inkworldsoul.blogspot.com/2011/04/pkp.html

Thursday 7 April 2011

:;Curse The Darkness or Lit Up The Candle:.

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa, sebuah keluarga besar telah pergi picnic di tepi pantai. Keluarga ini merupakan keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi. Namun, tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak yang busuk.

Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama sendiri.
Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka yang miskin.
Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.
Satu hari, semasa keluarga ini berpicnic, seorang adik perempuan mereka telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di depan khemah abang-abang yang kaya ini.
Pencabulan si adik itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang dengan kesayuan.
Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.

Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah kita bawa berbincang dahulu.
Jangan terburu-buru, bahaya!!!
Akhirnya, di saat adik perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang haram itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang lazat-lazat.

Tajuk persidangan kita hari ini adalah,
“Cara-cara menyelamatkan adik perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan.”
Itulah kata si abang sulung selaku pengerusi majlis.

Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh dengan pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si abang-abang berkata,

”Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.”
Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi.

Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.

“Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu.”

Maka mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.
Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba mendapatkan bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.

“Hoi monyet…senyaplah… pengkhianat!”

Getus hati si adik yang tidak puas hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang mereka.
Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.


Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kononnya tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami.”


“Selamatkan adik kami yang kelemasan.”

Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan harapan, ada orang yang akan membantu mereka.
Adik perempuan mereka semakin terus dicabul.
Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di tubuh.
Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat selepas bermesyuarat yang kononnya tergempar itu.
Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini seolah-olah sudah hampir mati.
Hanya menunggu malaikat maut datang mengambil nyawa.
Lalu, diangkatlah lagi banner “Selamatkanlah adik kami yang kelemasan” setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang membantu.

Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi lalu mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal iaitu,”Adik perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah lautan”… adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik….
Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.



catatan :
+ adik perempuan itu bernama Palestin.
+ adik lelaki itu bernama Iraq.
+ abang-abang itu Pengerusi OIC & negara-negara Arab yang kaya raya
+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.
+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam
+ bapa yang mati dibunuh itu Khalifah Uthmaniyah
+ mesyuarat itu pula adalah mesyuarat OIC
+pendatang haram tersebut ialah Yahudi,Amerika Syarikat,Zionis dan sekutunya.


Life is always about choice~
whether we want to curse the darkness or lit up the candle
it's depends on us

kita boleh terus berpeluk tubuh,
boleh terus teruskan hidup seperti tiada apa-apa yang berlaku
tapi jika kita ditanya di Akhirat,
apa yang kita lakukan untuk saudara-saudara seIslam kita di Palestin??
apa yang kita jawab?
tepuk dada tanya iman anda~
semoga kita sentiasa di bawah redhanya~

Ditimpa kehinaan ke atas mereka walau di mana mereka berada melainkan mereka berpegang teguh dengan agama Allah dan menjalinkan hubungan baik sesama manusia. (Surah A-li ‘Imran : Ayat 112)
till next tyme~
may Allah bless~

Wednesday 6 April 2011

Shift_Paradigms #35 : Belum Tibakah Masanya ?



.:: Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang ::.

Sungguh..
Malam yang satu ini..
Terdampar bayu menusuk kalbu..
Membuah perindu di kala sunyi..
Oh..begitu tenang sentuhan sanubari

Satu per satu ungkapan terukir..
Mencari penghujung ketenangan abadi..
Hatta sang bunga datang tersenyum..
Hati menggigil girang mencari..

Namun begitu..
Di suatu sudut nun jauh kerdipannya..
Senario bertukar bagaikan saga..
Pandangan kabur nafas tersesak..
Yang jelas hanya gelap dan derita..

Apa khabar bayu di sana ?
Adakah riang disadur ketenangan malam ?

Apa khabar sang bunga yang indah ?
Bebaskah dirimu mekar dibedil rakus raksasa ?

Oh..Tunduk pandangan rebah ke bumi..
Jatuh menitis embun matamu..
Diangkat badan hatta terperi..
Berangkat membawa hati naluri..

Terpaku diri melihat ke atas..
Mencari ungkapan penutup nukilan..
Tatkala salju memecah sunyi..
Tersedar terhantuk realiti hakiki..

Aduh..
Tidaklah sama duka dan gembira..
Tidaklah sama lalai dan prihatin..
Tidaklah sama tangisan dan ketawa..

Tatkala bumimu bergelar PALESTIN !

- Hazim, 05/4/2011 , 10.54 p.m -

Salam Mahabbah Fillah..

Suatu hari yang cerah..Abu sedang berjalan2 di ladang kelapa sawitnya..dia gembira melihat buah2 kelapa sawit yang sedang ranum dan sedia untuk diambil esok hari..Tiba2, dia terdengar jeritan orang meminta tolong..

" Tolong...Tolong..Tolong !! "

Abu mencari-cari sumber suara tadi..sehinggalah dia terkejut apabila melihat seekor ular sawa yang besar sedang membelit salah seorang daripada pekerja ladangnya..

" Pak Abu..tolong saya Pak Abu !! Ular nie xnk lepaskan saya "

Abu terpaku sebentar..kemudian dia bersuara ;

" Celaka punya ular sawa !! Lepaskan pekerja aku.. Tak guna punya binatang !! "

Namun begitu..Abu masih berdiri di situ tanpa melakukan apa2 untuk membantu pekerjanya yang hampir2 tidak mampu bernafas lagi..

" Eh..Pak Abu ? Tolong saya cepat !! Tolong lepaskan saya =( "

" Kurang asam punya ular !! Lepaskanlah dia oii !! "

Kali ini suara Abu makin tinggi, air muka dia juga berkerut..tetapi dia masih tercegat di situ..tidak melakukan apa2 untuk menolong pekerjanya...sehinggalah pekerja tadi mati..

Abu pun menangis teresak-esak kerana kehilangan pekerjanya yang paling rajin..selepas penat menangis..dia pun berjalan semula ke ladangnya..kembali berkhayal tentang pulangan yang dia akan dapat daripada kelapa2 sawitnya, seolah-olah peristiwa kematian pekerja tadi tidak pernah langsung berlaku..

Rakan2 pembaca semua..

Mengapa agaknya saya menceritakan tentang satu analogi rekaan pelik tentang Abu, ular dan pekerjanya ini ?

Kalau diamati betul2..kisah ini seolah-olah tidak berasas langsung..bukankah pekerja tadi merupakan seseorang yang sangat bernilai kepada Abu..tetapi mengapa dia biarkan sahaja dirinya mati dibelit ular sawa ? Kemudian apa yang Abu buat pula hanya menjerit, memaki dan memekik dengan tinggi kepada ular tersebut..

Bukan itu sahaja, boleh pula dia berkhayal semula tentang hasil ladangnya walaupun selepas dah menangis melihat pekerjanya yang mati..

" Uh..busuk sungguh hati Abu..memang x berperikemanusiaan langsung "

Ya..benar, sangat tidak berperikemanusiaan..

Tetapi kadangkala kita lupa dan x sedar, betapa kita juga sama seperti 'Abu' tadi =(

Tatkala membaca, mendengar atau menonton kisah2 benar penderitaan rakyat Palestin..kita mengaku betapa kita selalu benar berasa sedih dan bersimpati dengan nasib mereka..sudahlah dihalau dari rumah, mereka kini umpama pendatang di negara sendiri..dibuat pula tembok besar sebagai pemisah..kesemuanya tidak lain tidak bukan, hasil bedilan tentera Zionis yang kejam..

Maka, di sebalik kesedihan itu, kita pun selitkan kata2 kesat, makian dan umpatan yang kadangkala melampaui batas kepada sang penjajah Zionis..

" Celaka..Kurang ajar..Binatang !! "

Bukankah ayat2 ini yang selalu benar keluar daripada lidah yang lembut itu ?

Bukankah perkataan2 seumpama ini yang selalu menghiasi komen2 video kekejaman Zionis di YouTube itu ?

Bukankah ungkapan2 ini juga yang selalu sahaja menjadi madah pertama yang kita keluarkan tatkala bercerita tentang Zionis dan kekejaman mereka ?

Kadangkala tanpa kita sedari..kita lebih banyak menceritakan tentang kekejaman dan kerakusan mereka daripada menghayati sendiri penderitaan rakyat2 Palestin yang saban hari bertarung dengan nyawa sendiri..

Sewaktu masih kecil, kita hanya mampu berimaginasi untuk 'main tembak2' dengan penjahat..tetapi bukan anak2 mereka..sejak dari merangkak lagi, sehinggalah mampu berjalan,..mereka tahu betapa kerongsong2 peluru yang bertebaran di jalan raya itu menjadi bukti betapa bunyi das tembakan semalam itu bukanlah mainan mimpi tidur..

Begitu juga dengan ibu yang bangun paginya disambut dengan berita kematian suami..siapa sangka ucapan kasih dan sayang sebelum keluar dari rumah malam tadi merupakan ucapan terakhir daripada suaminya..

Tidaklah terbayang akan diri kita betapa peritnya penderitaan yang mereka alami..

Tidaklah tercapai ketabahan hati yang mantap seperti mereka..

Dan tidaklah tertahan air mata melihat kehidupan mereka yang penuh ujian..

Tetapi acap kali kita menonton semua itu hanya dengan tangisan dan gelengan kepala..reaksi yang benar2 sama sebagaimana ketika menonton berita pembuangan bayi di TV yang tidak berkesudahan..Itulah kita, kesedihan yang selalu tidak ada penyusulan =( ..

Rakan2 pembaca semua..

Belum Tibakah Masanya ??

Belum tibakah masanya untuk kita berhenti mensia-siakan titisan air mata itu ?

Belum tibakah masanya untuk kita bangkit mencari solusi sebenar kepada permasalahan umat yang kian tenat ini ?

Bukankah kita beriman dengan ayat Al-Quran ; 'Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara ' (Al-Hujurat:10) ?

Bagaimana dengan Hadis Nabi : ' Tidak beriman salah seorang daripada kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri ' (Riwayat Bukhari Muslim) ?

Takkanlah Ayat2 Al-Quran dan hadis ini hanya dijadikan status FB semata-mata ?

Takkanlah kesemuanya ini hanya dijadikan dalil untuk menyokong statement2 tertentu sahaja ?

Oh...Rakan2 semua, bangunlah kita daripada ilusi 'kesedaran palsu' ini =(

Belum tibakah masanya untuk kita menyedari hakikat kesedaran yang menyedarkan ?

Belum sampaikah kepada kita kisah2 pejuang Islam terdahulu yang benar2 utuh ukhuwah persaudaraan mereka ?

Sedangkan pada saat dan ketika ini, ada sahaja anak kecil yang baru kehilangan ibu-bapa mereka di sana..ada sahaja tubuh saudara kita yang jatuh rebah menghadap bumi..tetapi kita pula sedang bergelak ketawa, berjenaka sambil sibuk 'stalking' FB orang laen ?

Di mana bukti persaudaraan kita ya Akhi / Ukhti =( ?

Dengan berbalas komen di FB ? Twitter dan sebagainya =( ? Saudara yang jauh di sana ntah kenal atau tidak kepada semua perkara2 yang kerap melalaikan kita itu =( ..

Tetapi apa yang kita buat ?

Menanti Umar Al-Khattab atau Salahuddin untuk keluar dari kubur mereka dan membantu kita =( ?

Oh..usahlah kita bermimpi lagi..

Belum tibakah masanya ?

Belum tibakah masanya untuk kita sama2 menyedari akan kepentingan mengamalkan Islam yang sebenar ?

Belum tibakah masanya untuk kita membangunkan Islam itu dalam diri kita semua ?

Usahlah dibuangkan masa mencaci dan memaki kegelapan..kenapa tidak kita sendiri bangkit dan menyalakan lilin yang satu itu ?

Lilin yang bahannya dibuat dengan asas-asas Individu Muslim sejati...kekal cerah hatta dibakar dan diuji dengan segala macam cubaan..

Ya Akhi .. Ya Ukhti..

Allah SWT itu Maha Besar dan Maha Berkuasa..Dia boleh sahaja memenangkan agama-Nya di bumi ini tanpa bantuan seorang Muslim pun..Dia boleh sahaja sekelip mata melenyapkan semua tentera2 Zionis yang menduduki Palestin pada saat ini..tetapi bukan itu Sunnahtullah..Bukan begitu cara Dia mentadbir alam ini..

Kita tahu dan yakini betapa janji Allah itu pasti. Maka, kemenangan Islam itu juga suatu yang pasti..

Ya..sama ada bersama ataupun tanpa kita ..ad-deen Allah ini tetap akan menemui piala kemenangannya..

Oleh itu..Tidakkah kita menyedari hakikat betapa Allah SWT sedang memberi kita peluang untuk menjadi pendukung kepada kejayaan itu kelak ?

Umar dan Salahuddin telah mendukung perjuangan tersebut..Maka, belum tibakah masanya untuk giliran kita pula ?

Atau..

Kita hanya ingin menjadi golongan yang gembira bertepuk tangan menonton kejayaan umat Islam kelak =( ? Sedangkan dalam masa yang sama, kita masih lalai dalam membangunkan Islam dalam diri masing2..

Rakan2 pembaca semua..

Usahlah berbicara tentang mengangkt senjata mahupun pedang, sekiranya Al-Quran itu sendiri seolah-olah tidak mampu kita angkat dan baca =(

Usahlah dibasahi lagi lidah itu dengan kata2 kesat kepada sang Zionis yang zalim, sedangkn zikir2 menyebut nama Allah SWT itu jarang pula kita lakukan ..

Usahlah dibazirkan lagi titisan air mata itu, sekiranya tidak ada penyusulan yang ingin kita lakukan selepasnya =(

Belum Tibakah Masanya ?

Belum Tibakah Masanya ??

Belum Tibakah Masanya !!!!???

.................................

" Palestin Kita Punya "

" Palestin : Keimanan & Persaudaraan "

" Palestin Kami Peduli "

3 PKP mantap yang diperkenalkan oleh PPIM-Moscow =) ..

Bagi pembaca yang menuntut di Moscow..Janganlah kita sia-siakan peluang untuk menyertai Program Aqsa Syarif Europe Tour Moscow ini.. sesungguhnya program seumpama inilah yang kita perlukan untuk lebih menyedari dan menghayati keperitan hidup saudara yang kita cintai itu..

Sesungguhnya tidak ramai yang mempunyai semangat utuh seperti brothers/sisters yang tidak henti2 mempromosikan kempen dan program ini..sertailah dan hargailah pengorbanan serta kesanggupan mereka untuk menjayakan program ini ^_^

Rakan2 pembaca semua...

Insya Allah, sama2 kita " Shift Paradigms " kita ye ^_^ , yakinilah betapa suatu masa nnt, bumi Palestin itu pasti akan bebas..cuma persoalannya ; adakah kita ingin duduk menghadap facebook itu sahaja ? Atau mula menghadap Al-Quran yang di dalamnya penuh dengan formula2 untuk membina individu Muslim sejati =) ..

Sama2 kita berusaha dan muhasabah..insya Allah ^_^ ..

Wassalam ~


http://mhazimdahuli.blogspot.com/2011/04/shiftparadigms-35-belum-tibakah-masanya.html